Bimillahirrahmanirrahim..
Di dalam Al-Quran,Surah Al-An`aam ayat 71 Allah telah
berfirman:
Katakanlah: “Patutkah kita menyeru serta menyembah
yang lain dari Allah,sesuatu yang tidak dapat memberi manfaat kepada kita dan
tidak dapat mendatangkan mudarat kepada kita; dan (patutkah) kita dikembalikan undur ke belakang (menjadi
kafir musyrik) setelah kita diberi hidayah petunjuk oleh Allah(dengan agama
Islam), seperti orang yang telah disesatkan oleh
Syaitan-syaitan di bumi (di tampat yang lengang) dalam keadaan bingung, sedang
ia pula mempunyai sahabat-sahabat yang mengajaknya ke jalan yang lurus (dengan
berkata kepadanya) :“Marilah bersama-sama kami”;Katakanlah: “Sesungguhnya
petunjuk Allah itulah sebenar-benar petunjuk, dan kita diperintahkan supaya
berserah diri kepada Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam”
Apa yang saya highlightkan di atas adalah apa yang ingin saya jadikan persoalan
utama post kali ini..
Dalam Al-Quran sendiri Allah telah bertanya kepada
kita ,, adakah patut seseorang yang telah diberi hidayah petunjuk oleh Allah secara
tiba-tiba tanpa sebab yang tidak diketahui, kembali menjadi sesat/jahil..?
Apa yang menyebabkan manusia hilang arah?
Apa yang menyebabkan manusia hilang arah?
Tidak dapat dinafikan manusia sememangnya makhluk yang
lemah yang sering terpedaya,leka dan alpa dengan apa yang dipamerkan oleh dunia
ke mata mereka..Tapi,Allah sebagai Tuhan kita tidak pernah lupa akan perkara
tersebut dan Dia telah pun menunjukkan kepada kita jalannya iaitu dengan
menurunkan para Rasul.
“Cinta Allah itu
tujuan,Cinta Rasul itu jalan”
Oleh sebab itu, kita sebagai hamba Allah yang hina
tidak sepatutnya memberi alasan dan mempersoalkan ketentuan Allah.
Kita sendiri tahu bahawa sesungguhnya Allah itu Maha
Bijaksana.
Sudah tentulah apa sahaja ketentuanNya mempunyai
hikmah dan rahmah.
Ingatlah!!
“Allah tanpa kita tetap
Allah,,tapi,,kita tanpa Allah bukan siapa-siapa”
Dengan sebab itu, sentiasalah meminta kepadaNya .
Dia setia mendengar rintihan kita dan sedia
memperkenankan jika itulah yang terbaik buat kita.
Kita tanpa Allah tidak akan dapat hidup di atas muka
bumi ini.
Berdoalah:
“Ya Allah,bantulah aku
untuk sentiasa mengingatiMu,bantulah aku untuk sentiasa mensyukuri nikmatMu dan
bantulah aku untuk sentiasa bersabar dengan ujianMu”


aamiin..
ReplyDelete