Bismillahirrahmanirrahim
Al-Quran 6:120:
Dan tinggalkanlah kamu dosa yang nyata dan yang
tersembunyi.Kerana sesungguhnya orang-orang yang berusaha melakukan dosa,
mereka akan dibalas dengan apa yang mereka telah lakukan
Allah telah memberi amaran kepada kita,hamba-hambaNya
agar meninggalkan dosa.Berdasarkan ayat yang digunakan telah jelas menyatakan
bahawa kebanyakan manusia di muka bumi ini seringkali “berusaha”untuk melakukan
dosa berbanding berusaha ke arah melakukan amalan yang membuahkan pahala.
Mengapa,mengapa,mengapa?
Jika kita perhatikan keliling kita hari ini dan
berfikir sejenak, tentu kita akan merasa sangat hairan.Mengapa manusia hari ini
sanggup membuang tenaga,masa dan wang lalu bersusah payah hanya untuk menempah
neraka Allah? Na`uzubillah…
Allah telah cuba membantu kita dengan menurunkan Rasul
untuk membimbing diri kita ke arah syurgaNya tanpa Dia meminta balasan apapun
dari kita.Dia tidak pernah meminta kita untuk mengeluarkan wang untuk membeli
syurgaNya.Dia hanya meminta kita untuk menjadi hambaNya yang taat dan
hasilnya..Masya Allah..syurga yang dilimpahi pelbagai nikmat dan kesenangan.Belum
kira lagi nikmat yang sedia ada di dunia ini.Udara,makanan,kesihatan..Allah
tidak pernah meminta kita untuk membayarNya apa yang diberikanNya kepada kita.
Tetapi hakikatnya hari ini,masih ramai lagi manusia
yang tidak mahu menadah tangan menerima ganjaran dari Yang Maha Kaya melalui
jalan ketaatan.Mereka lebih sanggup mengeluarkan wang hasil titik peluh mereka
untuk menempah azab Allah..Allahurabbi..Jika dikenangkan nasib orang-orang begini,tidak
mustahil untuk kita menitiskan air mata keinsafan..Marilah berdoa agar kita tidak tergolong di dalam golongan ini..
Carilah masa dalam waktu harian anda untuk muhasabah
diri secara bersendirian.Sesungguhnya Allah amat mencintai hambaNya yang
bersendirian untuk kembali kepadaNya sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah
S.A.W di Gua Hira’.
Titiskan air mata taubat.Sesungguhnya air mata taubat
itu mampu memadamkan api neraka yang bergelojak.In shaa Allah..
Akhir kata dalam post saya kali ini ,saya harap saudara
saudari yang membaca dapat mendoakan saya agar terus istiqamah dalam usaha
saya..Jujur saya katakan saya sendiri amat lemah untuk melawan kehendak nafsu
dan duniawi..Cuma saya berharap agar Allah akan menerima kekurangan saya dan
mengampunkan dosa-dosa yang lalu..Siapakah di dunia ini yang tidak mahu
diampuni dosanya?Tentulah saya juga salah seorang dari kalian yang menginginkan
keampunan tersebut..Saya mendoakan juga saudara saudari pembaca agar terus
istiqamah dalam mencari Tuhan Yang Esa,Pencipta Langit dan Bumi serta apa yang
ada di antara keduanya..In shaa Allah
Assalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh

