Tuesday, February 19, 2013

Patutkah?


Bimillahirrahmanirrahim..

Di dalam Al-Quran,Surah Al-An`aam ayat 71 Allah telah berfirman:

Katakanlah: “Patutkah kita menyeru serta menyembah yang lain dari Allah,sesuatu yang tidak dapat memberi manfaat kepada kita dan tidak dapat mendatangkan mudarat kepada kita; dan (patutkah) kita dikembalikan undur ke belakang (menjadi kafir musyrik) setelah kita diberi hidayah petunjuk oleh Allah(dengan agama Islam), seperti orang yang telah disesatkan oleh Syaitan-syaitan di bumi (di tampat yang lengang) dalam keadaan bingung, sedang ia pula mempunyai sahabat-sahabat yang mengajaknya ke jalan yang lurus (dengan berkata kepadanya) :“Marilah bersama-sama kami”;Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah sebenar-benar petunjuk, dan kita diperintahkan supaya berserah diri kepada Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam”

Apa yang saya highlightkan di atas adalah apa yang ingin saya jadikan persoalan utama post kali ini..
Dalam Al-Quran sendiri Allah telah bertanya kepada kita ,, adakah patut seseorang yang telah diberi hidayah petunjuk oleh Allah secara tiba-tiba tanpa sebab yang tidak diketahui, kembali menjadi sesat/jahil..?
Apa yang menyebabkan manusia hilang arah?

Tidak dapat dinafikan manusia sememangnya makhluk yang lemah yang sering terpedaya,leka dan alpa dengan apa yang dipamerkan oleh dunia ke mata mereka..Tapi,Allah sebagai Tuhan kita tidak pernah lupa akan perkara tersebut dan Dia telah pun menunjukkan kepada kita jalannya iaitu dengan menurunkan para Rasul.

“Cinta Allah itu tujuan,Cinta Rasul itu jalan”
Oleh sebab itu, kita sebagai hamba Allah yang hina tidak sepatutnya memberi alasan dan mempersoalkan ketentuan Allah.
Kita sendiri tahu bahawa sesungguhnya Allah itu Maha Bijaksana.
Sudah tentulah apa sahaja ketentuanNya mempunyai hikmah dan rahmah.
Ingatlah!!
“Allah tanpa kita tetap Allah,,tapi,,kita tanpa Allah bukan siapa-siapa”
Dengan sebab itu, sentiasalah meminta kepadaNya .
Dia setia mendengar rintihan kita dan sedia memperkenankan jika itulah yang terbaik buat kita.
Kita tanpa Allah tidak akan dapat hidup di atas muka bumi ini.
Berdoalah:
“Ya Allah,bantulah aku untuk sentiasa mengingatiMu,bantulah aku untuk sentiasa mensyukuri nikmatMu dan bantulah aku untuk sentiasa bersabar dengan ujianMu”

 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.. --y
Keindahan ciptaan Allah


1 comment: