Wednesday, February 20, 2013

Hairan?




Bismillahirrahmanirrahim

Al-Quran 6:120:
Dan tinggalkanlah kamu dosa yang nyata dan yang tersembunyi.Kerana sesungguhnya orang-orang yang berusaha melakukan dosa, mereka akan dibalas dengan apa yang mereka telah lakukan

Allah telah memberi amaran kepada kita,hamba-hambaNya agar meninggalkan dosa.Berdasarkan ayat yang digunakan telah jelas menyatakan bahawa kebanyakan manusia di muka bumi ini seringkali “berusaha”untuk melakukan dosa berbanding berusaha ke arah melakukan amalan yang membuahkan pahala.
Mengapa,mengapa,mengapa?
Jika kita perhatikan keliling kita hari ini dan berfikir sejenak, tentu kita akan merasa sangat hairan.Mengapa manusia hari ini sanggup membuang tenaga,masa dan wang lalu bersusah payah hanya untuk menempah neraka Allah? Na`uzubillah…
Allah telah cuba membantu kita dengan menurunkan Rasul untuk membimbing diri kita ke arah syurgaNya tanpa Dia meminta balasan apapun dari kita.Dia tidak pernah meminta kita untuk mengeluarkan wang untuk membeli syurgaNya.Dia hanya meminta kita untuk menjadi hambaNya yang taat dan hasilnya..Masya Allah..syurga yang dilimpahi pelbagai nikmat dan kesenangan.Belum kira lagi nikmat yang sedia ada di dunia ini.Udara,makanan,kesihatan..Allah tidak pernah meminta kita untuk membayarNya apa yang diberikanNya kepada kita.
Tetapi hakikatnya hari ini,masih ramai lagi manusia yang tidak mahu menadah tangan menerima ganjaran dari Yang Maha Kaya melalui jalan ketaatan.Mereka lebih sanggup mengeluarkan wang hasil titik peluh mereka untuk menempah azab Allah..Allahurabbi..Jika dikenangkan nasib orang-orang begini,tidak mustahil untuk kita menitiskan air mata keinsafan..Marilah berdoa agar kita tidak tergolong di dalam golongan ini..
Carilah masa dalam waktu harian anda untuk muhasabah diri secara bersendirian.Sesungguhnya Allah amat mencintai hambaNya yang bersendirian untuk kembali kepadaNya sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W di Gua Hira’.
Titiskan air mata taubat.Sesungguhnya air mata taubat itu mampu memadamkan api neraka yang bergelojak.In shaa Allah..
Akhir kata dalam post saya kali ini ,saya harap saudara saudari yang membaca dapat mendoakan saya agar terus istiqamah dalam usaha saya..Jujur saya katakan saya sendiri amat lemah untuk melawan kehendak nafsu dan duniawi..Cuma saya berharap agar Allah akan menerima kekurangan saya dan mengampunkan dosa-dosa yang lalu..Siapakah di dunia ini yang tidak mahu diampuni dosanya?Tentulah saya juga salah seorang dari kalian yang menginginkan keampunan tersebut..Saya mendoakan juga saudara saudari pembaca agar terus istiqamah dalam mencari Tuhan Yang Esa,Pencipta Langit dan Bumi serta apa yang ada di antara keduanya..In shaa Allah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

1 comment:

  1. Haiiiii..Cakkk!!
    done follow sini no. 10
    sudilah kiranya follow me back yea..
    he2.. salam kenal.. keep in touch yea..=)

    http://tengkubutang.blogspot.com/

    dan my 2nd blog
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

    ReplyDelete