Monday, January 5, 2015

KERANA SEKELUMIT CAHAYA

kadang,,bile kite nak buat kebaikan,,org ckp kite hipokrit..tp,,dlm sedar x sedar ,.satu kebaikan yg kite buat tu,,memberikan kite satu sinar harapan bg menyinari hati kite yg sekian lame bergelapan..
Jadi,,abaikan kata org...
Buat la baik walau sekali-sekala...
ikutlah sunnah walau sekali-sekala...
buatlah solat sunat walau sekali-sekala...
pakailah tudung walau sekali-sekala...
pujilah kebesaran Allah walau sekali-sekala...

mungkin masa ini,,banyak lg dosa kite dr pahala...
Tapi.,siapa tahu,,,mungkin sahaja sekali-sekala itu yg menjadi pintu hidayah buat kita...
siapa tahu,,,mungkin sekali-sekala itu yg menjadi pintu hidayah buat org sekeliling kita...
dan siapa yg akan tahu,,,mungkin sekali-sekala itu yg akan meletakkan kita ke dalam syurgaNya...

Monday, July 14, 2014

Morning Flowers

Hi and Assalamualaikum.
Here some pictures of flowers that I take in the morning.
Enjoy!!










Have a good day everyone..

Monday, June 23, 2014

Kitty Commercial

Bismillahirrahmanirrahim...



It has been more than a year since I last updated my blog...
And this is a new start...
I just love photography...
but...
I am not the kind with rich family background...
I can't afford a DSLR...

Recently...I bought a new HTC One XL...
although the phone aged 2 years since it was launched but to me,the result I am getting is pretty nice for a smartphone...
So, here it is...
My Kitty Commercial...

Cats are Our Prophet(S.A.W) beloved animal...
Hence,,,we should also give our love to these "species" because it can help us earn reward form our God as to follow what Prophet is doing...
That is all...
Enjoy...





















Wednesday, February 20, 2013

Hairan?




Bismillahirrahmanirrahim

Al-Quran 6:120:
Dan tinggalkanlah kamu dosa yang nyata dan yang tersembunyi.Kerana sesungguhnya orang-orang yang berusaha melakukan dosa, mereka akan dibalas dengan apa yang mereka telah lakukan

Allah telah memberi amaran kepada kita,hamba-hambaNya agar meninggalkan dosa.Berdasarkan ayat yang digunakan telah jelas menyatakan bahawa kebanyakan manusia di muka bumi ini seringkali “berusaha”untuk melakukan dosa berbanding berusaha ke arah melakukan amalan yang membuahkan pahala.
Mengapa,mengapa,mengapa?
Jika kita perhatikan keliling kita hari ini dan berfikir sejenak, tentu kita akan merasa sangat hairan.Mengapa manusia hari ini sanggup membuang tenaga,masa dan wang lalu bersusah payah hanya untuk menempah neraka Allah? Na`uzubillah…
Allah telah cuba membantu kita dengan menurunkan Rasul untuk membimbing diri kita ke arah syurgaNya tanpa Dia meminta balasan apapun dari kita.Dia tidak pernah meminta kita untuk mengeluarkan wang untuk membeli syurgaNya.Dia hanya meminta kita untuk menjadi hambaNya yang taat dan hasilnya..Masya Allah..syurga yang dilimpahi pelbagai nikmat dan kesenangan.Belum kira lagi nikmat yang sedia ada di dunia ini.Udara,makanan,kesihatan..Allah tidak pernah meminta kita untuk membayarNya apa yang diberikanNya kepada kita.
Tetapi hakikatnya hari ini,masih ramai lagi manusia yang tidak mahu menadah tangan menerima ganjaran dari Yang Maha Kaya melalui jalan ketaatan.Mereka lebih sanggup mengeluarkan wang hasil titik peluh mereka untuk menempah azab Allah..Allahurabbi..Jika dikenangkan nasib orang-orang begini,tidak mustahil untuk kita menitiskan air mata keinsafan..Marilah berdoa agar kita tidak tergolong di dalam golongan ini..
Carilah masa dalam waktu harian anda untuk muhasabah diri secara bersendirian.Sesungguhnya Allah amat mencintai hambaNya yang bersendirian untuk kembali kepadaNya sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W di Gua Hira’.
Titiskan air mata taubat.Sesungguhnya air mata taubat itu mampu memadamkan api neraka yang bergelojak.In shaa Allah..
Akhir kata dalam post saya kali ini ,saya harap saudara saudari yang membaca dapat mendoakan saya agar terus istiqamah dalam usaha saya..Jujur saya katakan saya sendiri amat lemah untuk melawan kehendak nafsu dan duniawi..Cuma saya berharap agar Allah akan menerima kekurangan saya dan mengampunkan dosa-dosa yang lalu..Siapakah di dunia ini yang tidak mahu diampuni dosanya?Tentulah saya juga salah seorang dari kalian yang menginginkan keampunan tersebut..Saya mendoakan juga saudara saudari pembaca agar terus istiqamah dalam mencari Tuhan Yang Esa,Pencipta Langit dan Bumi serta apa yang ada di antara keduanya..In shaa Allah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Tuesday, February 19, 2013

Patutkah?


Bimillahirrahmanirrahim..

Di dalam Al-Quran,Surah Al-An`aam ayat 71 Allah telah berfirman:

Katakanlah: “Patutkah kita menyeru serta menyembah yang lain dari Allah,sesuatu yang tidak dapat memberi manfaat kepada kita dan tidak dapat mendatangkan mudarat kepada kita; dan (patutkah) kita dikembalikan undur ke belakang (menjadi kafir musyrik) setelah kita diberi hidayah petunjuk oleh Allah(dengan agama Islam), seperti orang yang telah disesatkan oleh Syaitan-syaitan di bumi (di tampat yang lengang) dalam keadaan bingung, sedang ia pula mempunyai sahabat-sahabat yang mengajaknya ke jalan yang lurus (dengan berkata kepadanya) :“Marilah bersama-sama kami”;Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah sebenar-benar petunjuk, dan kita diperintahkan supaya berserah diri kepada Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam”

Apa yang saya highlightkan di atas adalah apa yang ingin saya jadikan persoalan utama post kali ini..
Dalam Al-Quran sendiri Allah telah bertanya kepada kita ,, adakah patut seseorang yang telah diberi hidayah petunjuk oleh Allah secara tiba-tiba tanpa sebab yang tidak diketahui, kembali menjadi sesat/jahil..?
Apa yang menyebabkan manusia hilang arah?

Tidak dapat dinafikan manusia sememangnya makhluk yang lemah yang sering terpedaya,leka dan alpa dengan apa yang dipamerkan oleh dunia ke mata mereka..Tapi,Allah sebagai Tuhan kita tidak pernah lupa akan perkara tersebut dan Dia telah pun menunjukkan kepada kita jalannya iaitu dengan menurunkan para Rasul.

“Cinta Allah itu tujuan,Cinta Rasul itu jalan”
Oleh sebab itu, kita sebagai hamba Allah yang hina tidak sepatutnya memberi alasan dan mempersoalkan ketentuan Allah.
Kita sendiri tahu bahawa sesungguhnya Allah itu Maha Bijaksana.
Sudah tentulah apa sahaja ketentuanNya mempunyai hikmah dan rahmah.
Ingatlah!!
“Allah tanpa kita tetap Allah,,tapi,,kita tanpa Allah bukan siapa-siapa”
Dengan sebab itu, sentiasalah meminta kepadaNya .
Dia setia mendengar rintihan kita dan sedia memperkenankan jika itulah yang terbaik buat kita.
Kita tanpa Allah tidak akan dapat hidup di atas muka bumi ini.
Berdoalah:
“Ya Allah,bantulah aku untuk sentiasa mengingatiMu,bantulah aku untuk sentiasa mensyukuri nikmatMu dan bantulah aku untuk sentiasa bersabar dengan ujianMu”

 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.. --y
Keindahan ciptaan Allah


Tuesday, February 12, 2013

Tension

Bismillahirrahmanirrahim

Yep,, aku tension...

Exam x pass bhai..!!

Sepanjang aku hidup atas muka bumi ni,,x pernah lagi aku gagal dalam mana2 final exam..

Sedih..... :(

Kesedaran tu sampai lambat..entah kenapa..mungkin Allah nak uji aku sekarang supaya aku lebih bersedia di masa depan..
Cuma,,aku tak sampai hati mengenangkan perasaan mak ayah aku yang dah bersusah payah menanti dengan penuh pengharapan bahawa aku akan lulus tanpa gagal satu paper pun untuk course yang aku duduki ni..


Apa-apa pun..Aku sedar,,semua yang berlaku ada hikmahnya..
Mungkin aku terlalu mewah dan mula lupakan bumi yang sepatutnya aku pijak dan langit yang harus aku junjung..

Aku terlalu seronok dengan biaya dari MARA sampai aku lupa tujuan asal pembiayaan tu..

=( terpaksalah aku mengharungi satu sem ni tanpa biaya dari MARA.. =(

Allah dah tentukan apa yang terbaik buat aku..So,,aku kenalah redha dengan apa yang ditentukan ni..

Aku cuma harap kawan-kawan aku takkan singkirkan aku dari hidup diorang hanya sebab aku gagal dalam Foundation ni..


In shaa Allah,,mulai daftar 18hb Februari 2013 ni,,aku akan mula berubah dan akan terus berubah ke arah kebaikan :

  • Menjadi hamba Allah yang mengejar redhaNya
  • Menjadi insan yang sentiasa rajin berusaha
  • Sentiasa Rendah diri
  • Sentiasa Ceria
  • Menetapkan sasaran
  • Sentiasa ingat tujuan yang utama
  • Mencari kepentingan
  • Tidak mensia-siakan masa
  • Tidak mudah terpengaruh dengan benda negatif
  • Mempengaruhi kawan-kawan ke arah kebaikan
Kalau anda baca,,doakan saya ok?Terima kasih..

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Sunday, November 25, 2012

A Simple Secret to Have the Happiness in the World and the Afterlife :)

Bismillahirrahmanirrahim

A SIMPLE UPDATE

hehe.. it's nearly a month since I last updated my blog...

Well,,on this post let me share with you something interesting,,a secret..

YOU WANT TO KNOW IT???  (hehe,,ada laa...)

Kidding2..

Well,,something important for us to know that,,

Our Prophet once tell us..
There are things that if we could have it in our life,,we could get the happiness in the world and the afterlife..


That is...:-

  • A heart that always be thankful (bersyukur)
  • A tongue that always in remembrance (berzikir)
  • A body that always in patient with tests from God
  • A wife that keeps herself from slander and keep her husband's property


Well,,that is a short and simple list ,,isn't it??


So,,why don't we practice ourself with this basic thing..
In shaa Allah,,we will have the happiness in this world and the afterlife..
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..